Bacaan Lengkap Takbir Raya Beserta Maksud & Teks Dalam Rumi


Sebaik saja berakhirnya bulan Ramadhan, berkumandanglah laungan takbir di televisyen, radio, masjid dan surau yang menandakan kedatangan Syawal.

Takbir ini bertujuan untuk membesarkan dan mengagungkan Allah. Selain menunjukkan kesyukuran, ia juga adalah cara yang dianjurkan oleh Islam untuk menzahirkan kegembiraan kita setelah menunaikan ibadah berpuasa sepanjang bulan Ramadhan.

Berikut adalah lafaz takbir raya beserta maksud dan teks ruminya untuk rujukan semua.

Lafaz Takbir Raya Beserta Maksud & Teks Dalam Rumi

اللهُ أَكْبَرُ
Allahu akbar
Allah Maha Besar

اللهُ أَكْبَرُ
Allahu akbar
Allah Maha Besar

اللهُ أَكْبَرُ
Allahu akbar
Allah Maha Besar

لاَ إِلهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ
Laa ilaaha illallahu wallahu akbar
Tidak ada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar

اللهُ أَكْبَرُ وَللهِ الْحَمْدُ
Allaahu akbar walillaahil hamd’
Allah Maha Besar dan bagi Allah segala puji-pujian

********* 3 kali ********

 

اللهُ أَكْبَرُ
Allahu akbar
Allah Maha Besar

اللهُ أَكْبَرُ
Allahu akbar
Allah Maha Besar

اللهُ أَكْبَرُ
Allahu akbar
Allah Maha Besar

اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا
Allahu akbar kabiiraa
Allah Maha Besar sebesar-besarnya

وَالْحَمْدُ للهِ كَثِيْرًا
Walhamdulillaahi katsiiraa
Dan segala puji bagi Allah sebanyak-banyaknya

وَسُبْحَانَ اللهُ بُكْرَةً وَأَصِيْلاً
Wasubhaanallaahi bukrataw wa asiillaa
Dan Subhanallah (Maha Suci Allah) pagi dan petang

لاَ إِلهَ إِلاَّ اللهُ
Laa ilaaha illallallahu
Tidak ada Tuhan melainkan Allah

وَلاَ نَعْبُدُ إِلاَّ إِيَّاهُ
walaa na’budu illaa iyyaahu
kami tidak menyembah kecuali kepada-Nya

مُخْلِصِيْنَ لَهُ الدِّيْنُ
mukhlishiina lahuddiin
dengan ikhlas untuk agama (Islam)

وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُوْنَ
Walau karihal kaafiruun
walaupun dibenci oleh golongan kafir

لاَ إِلهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ
Laa ilaaha illallallahu wahdah
Tidak ada Tuhan melainkan Allah yang Esa

صَدَقَ وَعْدَهُ
sadaqa wa’dah
yang benar janji-Nya

وَنَصَرَ عَبْدَهُ
wanashara ‘abdah
dan yang menolong hamba-Nya

وَأَعَزَّ جُنْدَهُ
wa a’azza jundahu
dan yang memuliakan tentera-tentera-Nya (tentera Muslimin)

وَهَزَمَ الأَحْزَابَ وَحْدَهُ
wahazamal ahzaaba wahdah
dengan mengalahkan tentera Ahzab dengan keesaan-Nya

لاَ إِلهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ
Laa ilaaha illallaahu wallaahu akbar
Tidak ada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar

اللهُ أَكْبَرُ وَللهِ الْحَمْدُ
Allaahu akbar walillaahil hamd’
Allah Maha Besar dan bagi Allah segala puji-pujian

 

Semoga Bermanfaat!

Itulah dia lafaz takbir yang dibacakan pada Hari Raya Aidil Fitri, bermula pada malam Raya sehinggalah sebelum imam menunaikan solat Hari Raya.

Diharapkan dengan perkongsian ini, kita akan menjadi lebih semangat untuk melafazkannya apabila kita faham maksudnya.



Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *